the other malaysia: writings on malaysia's subaltern history by farish a. noor
The Other Malaysia, Writing on Malaysia's Subaltern History, merupakan kompilasi rencana-rencana yang ditulis oleh Farish A.Noor dari Malaysiakini.com. Ia ditulis antara tahun-tahun 1999-2002. Apa yang membuatkannya sangat menarik untuk dibaca ialah isu-isu yang dibangkitkan Farish merupakan antara sejarah yang dilupakan atau diputar belitkan oleh penulis buku sejarah yang sejajar dengan kehendak politik pemerintah. Sedar atau tidak, kita semua telah ditipu bulat-bulat dengan ilmu yang kita sangkakan benar selama ini. Farish membawakan banyak contoh bentuk penindasan intelektual, politik dan sosial dalam masyarakat kita. Tentang penindasan wanita dalam masyarakat yang tidak mahu mengiktiraf sifat patriarchal mereka. Bahagian pertama buku ini ditulis tentang sistem feudalism dalam institusi kesultanan dan golongan bangsawan malaysia. Seterusnya farish mengulas bagaimana mahathir dengan kelicikan politiknya membentuk sebuah rakyat yang takut dan perit untuk bersuara apatah lagi membantah. Bahagian kedua buku ini juga menarik dengan isu-isu penindasan wanita dan golongan agamawan yang jahil dan menindas untuk memenuhi agenda politik masing-masing. Nah, isu sex dan pornografi juga turut diulas oleh Farish.
Comments
Post a Comment